Thursday, January 20

Ku Chase Shadow Mu In Dream Ku

Hari ini Ambo begitu rindu untuk berbahasa Melayu. Minta maaflah kalau ada beberapa pelawat catatan Ambo tak faham bahasa yang Anbo gunakan. Ambo rajin melihat statistik berapa ramai yang telah membuka blog Ambo. Ribuan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menjenguk catatan Ambo yang kadang kala terkeluar landasan dan kadang kala mengelirukan. Maklumlah, Bahasa Inggeris Ambo sangatlah lemahnya…

Adalah satu hari Ambo masukkan satu lirik lagu yang memang Ambo minat sejak pertama kali mendengar lagu tersebut ke dalam blog ini. Tiba-tiba kawan sebelah Ambo bukalah blog catatan Ambo. Automatiknya keluarlah satu pertanyaan dari Google Chrome.

“This webpage is in Indonesian. Would you like to translate it in English?”

Kawan Ambo pun tekan ‘translate’ (tak tahulah kenapa dia buat macam tu). Tapi lepas sahaja lirik lagu itu ditukar bahasanya, lirik lagu cinta itu telah bertukar menjadi lirik lagu humor. Nak bagi contoh di sini pun agak susah sebenarnya.

Tapi sejak itu setiap kali kawan Ambo buka blog Ambo, pertanyaan itu tak pernah muncul lagi. Entah apa yang Ambo dah buat. Dulu rasa rimas dapat soalan yang sama. Sekarang rasa macam nak buat lagi. Kelakar punya pasal.

Kalau kalian berpeluang masuk blog Ambo melalui Google Chrome dan pertanyaan itu keluar, jangan segan-segan tekan perkataan ‘translate’. Bukan semua perkataan mampu di tukar bahasanya.

Ambo nak bercerita panjang lagi sebenarnya tapi kesian pulak pada mata kalian. Tak apalah. Selagi dapat unlimited wireless (ada beberapa webpage yang di’access denied’kan. Contoh terbaik: TORRENT) selagi itu Ambo takkan berhenti mencatat dan mencatit dan menulis dan mengarang dan menaip dan yang sama spesis dengannya.  

Oh ya, kalau kalian perasan sejak akhir-akhir ini Ambo selalu masukkan gambar dalam blog ini. Hal ini kerana (sekali macam tulis esei SPM da…) Ambo sedang membatakkan diri dengan telefon bimbit Sony Ericsson Ambo. Memang lepas ni akan ada banyak lagi gambar yang entah apa-apa entah. (^_^)

Okey, Ambo berhenti menaip sekarang. Tapi sebelum itu,

TWEET FOR TODAY

@ImranAjmain: “In order to succeed, you must first be willing to fail.” Anonymous.

And I totally agree with IT. (Ok, dah English balik)

GOWWWIN’ UP!!!

No comments: