Saturday, November 10

Black Butterfly

Hujan lebat membasahi kawasan bangunan terbengkalai belakang kondominium kelabu. Zariff Mikail, Azmi Adnan dan Dani Zainal basah kuyup berlari mencari tempat berteduh.  Dan bangunan terbengkalai belakang kondominium kelabu menjadi perhentian darurat mereka.

“Kan aku dah cakap jangan parking jauh sangat. Tengok! Kereta tak jumpa, kita pulak kena berteduh kat sini,” omel Zariff sambil mengipas jaket kulit hitam dan jeans hitamnya. T-Shirt Black Sabbath Zariff terselamat dari hujan, cukup untuk buat Zariff tarik nafas lega. Azmi yang berkemeja hitam dengan lambang ‘Avengers’ dipadankan dengan jaket coklat dan seluar jeans biru gelap memandang ke dalam bangunan terbengkalai yang sangat gelap itu.

“Zariff, sorilah. Kan parking kat dalam mahal. Aku nak jimat duit. Lagi pun, mana aku nak tahu hujan akan lebat macam ni,” kata Dani. Kemeja putih Dani sudah lencun menampakkan singlet hitam gambar rangka manusia hisap rokok atas kerusi raja manakala seluar slack hijau tuanya bertukar warna. 

“Erm, korang! Apa tu?” mata yang Zariff dan Dani yang memandang hujan terus berpusing ke arah suara Azmi. Kelihatan Azmi sedang mendekati satu objek hitam yang tergantung dari siling bangunan terbengkalai tersebut. Objek hitam berbentuk bujur tersebut lebarnya boleh memuatkan seorang manusia.

“Dah macam kepompong ulat beluncas je aku tengok. Cuma entah berapa kali ganda lagi besar,” komen Zariff.

“Azmi, kau buat apa tu?” Dani ketakutan melihat Azmi dengan penuh kagum menyentuh kepompong hitam tersebut.

“Relekslah Dani. Aku cuma nak sentuh je,” Selamba Azmi menjawab.

“Jangan wei. Kita tak tahu apa benda tu. Kang tak pasal-pasal, kau yang sentuh, kitorang terbabit sama,” kata Dani.

“Aku setuju dengan Dani. Jom blah, kita tunggu hujan berhenti kat depan,” kata Zariff pula.

“Korang ni penakut betullah. Mengalahkan perempuan. Tengok ni,” Azmi menyentuh kepompong hitam. “Sangat berbululah kepompong ni. Lembut je. Panas pun panas. Boleh aku hangatkan tangan aku kejap.”

Azmi meletakkan kedua-dua belah tangannya ke atas kepompong hitam. Zariff dan Dani mendekati Azmi.

“Aku dah cakap tak a…”

Tiba-tiba Azmi ditarik masuk ke dalam kepompong hitam. Zariff dan Dani cuba untuk membuka kepompong tersebut tetapi semakin mereka cuba, semakin tebal lilitan kepompong hitam.

Mereka terdengar bunyi erangan Azmi dan seorang perempuan dalam kepompong itu. Erangan itu disusuli pula dengan jeritan kesakitan Azmi. Darah menitik keluar dari kepompong hitam yang kini telah bertukar ke warna merah.

Sebaik melihat darah sekelompok di bawah kepompong tersebut, Zariff dan Dani terus melarikan diri. Meredah hujan lebat meninggalkan kepompong yang baru sahaja ‘memerah’ Azmi.

…………………………………………………………………………………………………………………………

Setelah kepompong itu bertukar kepada warna hitam kembali, kepompong itu naik perlahan-lahan ke siling seperti lif. Bulu hitam yang menjadi menyangkutkan kepompong ke siling dimasukkan semula ke dalam kepompong menyebabkan kepompong itu jatuh. Belum sempat kepompong menghempap lantai konkrit, helaian bulu bulu kepompong itu semakin menipis, menampakkan bentuk seorang perempuan dalam usia 20-an.

Perempuan itu melompat menjauhi kelompok darah. Dengan jaket coklat, baju ‘Avengers’ dan seluar jeans biru gelap yang sangat besar dari badannya, dia berjalan dua, tiga langkah ke hadapan.

“Finally! Hujan dah berhenti. Untung aku tidur kat sini. Makan pun sedap,” dia berjalan ke pintu keluar. Tiba-tiba dia tersadung.

“Baju ni besar sangatlah,” dia mengomel. Setiap poket baju dan seluar diselongkar. Dompet dengan kad pengenalan Azmi Zainal ditemui bersama lapisan not RM 50 yang sangat tebal dan beberapa kad kredit.

“Mujur dompet mamat ni berkepok dengan duit. SHOPPING TIME!!!” dia ketatkan tali pinggang dan sinsing lengan baju dan seluar. Kelihatan tattoo dengan perkataan ‘BB04’ kelihatan di lengan kirinya. Dia terpandang satu tompokan darah sebesar lopak betul-betul di bawah kepompong hitam tadi.

“Opss, sebelum terlupa,” rambut panjang paras bahunya di sebelah kanan tiba-tiba memanjang. Rambut yang memanjang tadi menyusur bagai ular ke arah tompokan darah. Rambut itu seperti menghirup darah di situ sebaik sahaja rambut itu sampai ke tompokan darah. Tiada setitis yang tertinggal, termasuk darah kering.

Sebaik darah habis ‘dihirup’, rambut panjang menyusur tadi kembali menjadi rambut panjang paras bahu. Dia sendawa kekenyangan.

“Complettamente,” kata dia dengan senyum puas sebelum keluar dari bangunan terbengkalai belakang kondominium kelabu.

Saturday, October 20

BETUL KE NI, PAPA?

“Hai, pa. Boleh ambil Rynda tak? Kereta masuk bengkel,” Rynda sedang berdiri di hadapan bengkel kereta biru tua. Rolex milik Rynda menunjukkan sudah pukul sepuluh malam.

“Papa tengah meeting ni. Apa kata Rynda naik bas je?”

“Tapi Papa, Rynda mana pernah naik bas sebelum ni… Please Papa, dah pukul berapa dah ni,” Rynda masih cuba memujuk.

“Rynda cuma perlu tunjuk kad yang Papa kasi kat Rynda hari tu, confirm dia bagi Rynda naik. Make sure ada perkataan ‘KL Sentral’ kat depan bas tu. Ada lagi bas sekarang ni.”

“Ok, Papa. Jumpa kat rumah.” Talian dimatikan. Rynda menuju ke arah pekerja bengkel yang masih meneliti enjin keretanya.

“Bang, ada tak bus stop kat area ni?”

…………………………………………………………………………………………………………………………

Perjalanan dari bengkel biru tua ke bus stop tidaklah jauh. Yang merisaukan Rynda adalah penantian yang entah bila akan berakhir. Dia cuma berharap biarlah dia dapat pulang dengan selamat. Kawasan sekitar perhentian bas benderang, menambah kelegaan Rynda.

Satu bas yang memiliki logo yang sama dengan kad yang papa Rynda nyatakan muncul sepuluh minit kemudian. Rynda berdiri dengan tenang. Bas bergerak melepasi Rynda, meninggalkan angin kencang ke wajahnya. Rynda tergamam.

‘Papa cakap confirm berhenti.’ Hati Rynda curiga. Nombor papa di dail.

“Papa! Papa cakap bas berhenti kat bus stop. Tapi ni lalu je…”

“Sayang, Papa tengah meeting ni.”

“Rynda tahu, papa. Tapi bas tu tak berhenti pun.”

“Rynda tunggu kejap lagi. Nanti ada bas yang lain sampai. Driver tadi tak nampak Rynda kot. Bye, sayang.”

“Papa…” Hanya itu yang Rynda mampu luahkan. Dia kembali duduk. Setelah lima belas minit masanya terbazir, bas yang sama muncul lagi. Kali ni bas itu berhenti. Rynda perasan pemandu bas itu adalah pemandu bas yang sama meninggalkan desiran angin ke telinganya lima belas minit lalu.

“Adik sorang je?” Tanya pemandu bas terbabit sebaik sahaja Rynda masuk, menunjukkan kad yang diberi papanya.

Rynda pandang belakang. “Ya. Saya sorang je.”

“Ke KL Sentral?”

“Ya. Ke KL Sentral.”

“Kalau macam tu, abang minta maaf dik. Abang tak boleh bawak adik.”

“Eh, kenapa pulak?!”

“Sebab bas abang ni dah kosong. Pastu adik sorang je. Memang abang tak boleh bawak adik ke sana.”

“Tapi abang memang lalu KL Sentral kan?”

“Ya, tapi abang memang tak boleh bawak adik pergi sana.”

“Ala… takkan tak boleh, bang. Saya nak balik ni.”

“Memang tak boleh, dik. Lagi pun, adik tunjuk kad. Kalau adik bayar, takpe jugak.”

“Tapi ayah saya cakap kalau saya tunjuk kad ni confirm saya boleh naik.”

“Maaf sangat-sangat. Abang memang tak boleh bawak adik pergi sana.”

Air mata Rynda tak tertahan. Dalam dia cuba meneguhkan empangan di matanya, Rynda terpandang satu nama terpampang atas cermin hadapan bas bersebelahan gambar menyerupai pemandu bas terbabit: Nazaki Zackary.

“Okay, bang. Kalau abang betul-batul tak boleh, silalah gerak. Buat apa abang berhenti kat sini lagi?” Marah Rynda sembunyi tangis.

“Adik, jangan macam tu dik,” untuk apa dia kaget, Rynda tak tahu. Dalam tak sedar Rynda sudah kembali berdiri di perhentian bas.

“Abang tak boleh bawak saya kan? So, buat apa lagi abang berhenti kat sini? Jalan jelah!” Jeritan Rynda sudah cukup buat bas itu bergerak sepantas kilat. Dan Rynda menangis sampai tuahnya tiba dalam bentuk sebuah teksi milik seorang India peramah.

…………………………………………………………………………………………………………………………

“Baiklah, apa agenda kita seterusnya?” Dato’ Razli bertanya selaku CEO Syarikat Flash Forward Sdn. Bhd dalam mesyuarat bulanan syarikat tersebut.

“Bulan ini kita telah mendapat…” suara AJK bahagian Aduan terganggu dengan deringan telefon Dato’ Razli sekali lagi.

“Maafkan saya,” Dato’ Razli berpusing menjauhkan suaranya dari didengari ahli mesyuarat (tapi terdengar jugak).

“Sayang, kan Papa ada meeting ni.” Tegas Dato’ Razli bersuara. Tiba-tiba suaranya berubah risau. “Kenapa nangis ni?” Dato’ Razli mendengar dan mengangguk beberapa kali. “Dah, dah, dah. Sampai rumah, mintak duit deengan mama, okay. Apa nama dia? Betul? Ada nombor pekerja tak? Takpe, takpe. Nama dah cukup. Jangan risau okay? Bye.”

“Bahagian Sumber Manusia, cari fail Nazaki Zackary. Letak atas meja saya sebelum kita balik. Bahagian Aduan sila bentangkan laporan,” Dato’ Razli mengurut dahinya dengan sebelah tangan.

“Bulan ini kita telah mendapat 2, 531 aduan mengenai salah laku pemandu bas seluruh Kuala Lumpur.” AJK Bahagian Aduan menerangkan.

“Jadikan 2, 532 aduan. Paling latest dari anak saya,” ahli mesyarat terlopong.

“Anak Dato’ naik bas?” Timbalan CEO bertanya.

“Tak. Bas tak bagi anak saya naik,” suara garau Dato’ Razli sudah cukup membayangkan tahap prestasi syarikat itu sekarang.

 

*Based from a true story. Korang pernah ada pengalaman macam ni?

(^_^)

Friday, September 21

HIKAYAT DARI I-BUKU 2

Kisah ini diperturunkan dari I-Buku kepadaku (a.k.a I-Buku saksi utama kejadian).

I-Buku masih sibuk membelek alas kaki warna merah dan alas kaki warna biru dengan mata penuh tumpuan untuk mwncari walau satu cela yang boleh mengurangkan markah mana-mana alas kaki dan membawa pulang alas kaki sempurna. Keadaan hingar-bingar di dalam pasaraya besar biru kuning yang penuh dengan kanak-kanak, remaja dan warga tua tidak mengganggu pencarian alas kaki sempurna. Tetapi, I-Buku melupai sesuatu… Sesuatu yang amat berharga.

Shahril (sila rujuk ‘Hikayat Dari I-Buku’ dalam zine ‘Selamat Malam Sayang’ Rujuk Esah Ezral di Facebook) membuat mata kuyu kebosanan tak terhingga melihat kefokusan I-Buku menilik alas kaki satu persatu. Tiap kali Shahril ingin menyuarakan kebosanan maka terdengarlah I-Buku mengeluarkan suara ular berlidah pendek (isyarat suruh Shahril diam) maka Shahril pun senyaplah di bahagian alatan rumah dalam pasaraya besar biru kuning.

Sedang bebola mata kebosanannya mengeluh halus, Shahril terpandang sebiji bola jatuh tergolek terguling tidak jauh dari menara Eiffel versi kotak susu biru perisa coklat agak jauh dari tempat Shahril dan I-Buku membelek alas kaki.

Sebagai seorang kanak-kanak 5 tahun yang pernah hampir mem-BBQ-kan rumah sendiri, idea ‘terbaik’ darinya pun muncul. Dengan mata yang masih memandang I-Buku meneliti tiap kedutan pada alas kaki yang bakal dibelinya dengan penuh penghayatan, Shahril berundur sepuluh langkah besar ke belakang. Pabila langkah ke-sepuluh mengikuti rentak hentakan kaki perlahannya (pada masa yang sama I-Buku masih dengan alas kaki), matanya meng-zoom-kan pengllihatan untuk mencari bola tergolek terguling berdekatan menara Eiffel kotak susu biru perisa coklat. Bola tergolek terguling dikesan. Sebelum ada pekerja pasaraya besar biru kuning muncul, adalah baiknya dia menuju ke sasaran. Berdiri di hadapan bola tergolek terguling itu, dia memandang sekeliling: seorang ibu dan seorang budak perempuan comel, seorang pak cik berambut putih dan seorang remaja lelaki yang memakai pakaian pekerja pasaraya biru kuning. Kemudian Shahril mencari kawan-kawan bola tergolek terguling. Bahagian permainan selang satu rak dari menara Eiffel kotak susu biru perisa coklat, rak nombor tujuh dari bawah, nombor satu dari atas (rak paling atas dua kali ganda tinggi dari budak lima tahun, ok…). Permainan makin menarik nampaknya.

Tiba-tiba shahril meniarap sambil membidik bola tergolek terguling dari beberapa arah seperti seorang askar bersenapang membidik musush yang paling licik. Dalam fikiran Shahril: 32 darjah, 2 langkah sederhana.

Budak perempuan comel yang pelik dengan perilaku Shahril menarik hujung baju ibunya tetapi tak diendahkan. Pak cik berambut putih pula menggeleng dan remaja lelaki pekerja pasaraya besar biru kuning buat tak tahu.

Inilah masa yang dinanti-nanti. Showtime! Shahril berdiri, berundur dua langkah sederhana ke belakang dan menendang bola tergolek terguling ke arah menara Eiffel kotak susu biru perisa coklat.

Saat bola tergolek terguling melayang di udara, masa seakan jadi sangat perlahan. Budak perempuan menutup mata menggunakan kedua-dua bulah tangan sambil menahan oksigen keluar dari paru-parunya, pak cik rambut putih menoleh kali kedua dan menepuk dahi membebel sesuatu manakala remaja lelaki pula ingin menangkap bola tergolek terguling tetapi tersadung kotak yang masih sarat dengan barangan yang dia tengah susun tadi.

Masa kembali normal saat bola tergolek terguling mengenai satu sudut menara Eiffel dan melantun masuk ke dalam rak bersama kawan-kawannya. Bunyi gegaran dari rak tersebut kedengaran girang riang ria teman kembali ke pangkuan.

Kini semua mata tertumpu kepada menara Eiffel yang bergoncang hebat seperti gempa bumi lagaknya. Tetapi gegaran menara Eiffel kotak susu biru perisa coklat semakin lama semakin perlahan berhenti seolah-olah tiada apa yang terjadi. Dan dengan terteguhnya menara Eiffel kotak susu biru perisa coklat tersebut maka puaslah hati Shahril. Dipandangnya budak perempuan comel lalu dikenyitkan matanya sebelum melarikan diri. Budak perempuan comel tersipu malu menyembunyikan senyuman.

Sepuluh langkah besar dari I-Buku. Dia berpaling mengadap menara Eiffel kotak susu biru perisa coklat.

Satu langkah besar undur…

Pak cik rambut putih menilik menara Eiffel kotak susu biru perisa coklat dengan kagum.

Dua langkah besar undur…

Pak cik rambut putih menyentuh salah satu kotak susu biru perisa coklat.

Tiga langkah besar undur…

Pak cik rambut putih tertolak salah satu kotak susu biru perisa coklat dan kedengaran bunyi kotak-kotak susu biru perisa coklat yang kecil tapi mampat itu jatuh bertimpa-timpa dari pelbagai ketinggian menghempap Pak cik rambut putih pada masa yang sama membuat I-Buku menoleh.

“Shahril! Nak pergi mana tu! Jom ke kaunter!” Kata I-Buku sambil memegang alas kaki warna ungu.

 

GOWWWIN’ UP!!!

(^_^)   

Wednesday, September 12

BAJU KURUNG KATA

Kata terpinga. Diri Kata terlontar entah ke mana. Hanya empat dinding plywood bercat hitam menemaninya dalam ruang yang sungguh terhad. Jiwa kata meronta. Kata cuma ingat dia sedang menuju ke kedai mamak bersebelahan rumah sewanya apabila tangan sasa hitam manis menyekat rongga pernafasannya dari belakang. Kata cuba melawan dengan kudratnya sebagai seorang lelaki namun tangan sasa itu berjaya membuatkan Kata terkulai.

Dinding hitam ditumbuk diterajang. Akhirnya Kata terduduk kepenatan.

…………………………………………………………………………………………………………………………

Gudang gelap pinggir bandar menjadi saksi Baju dan Saia.

“Nah. Upah kau,” Baju melemparkan sampul coklat tebal pada Saia. Saia mengeluarkan satu ikat RM50 sebesar penumbuknya dari sampul tersebut. Dengan muka sangat berpuas hati, duit itu kembali dimasukkan ke dalam sampul coklat. Saia pandang Baju. Saia hampir menghamburkan ketawa bila Baju bertanya, “Kenapa?”

“Kenapa pakai macam ni?” Baju memakai gaun kembang era Shakespearre warna maroon dilapisi kain jarang warna hitam, lengan panjang ala Saloma. Rambut kerinting halusnya dibiarkan bebas dengan bungan ros terselit di telinga kanan. Baju pegang sampul coklat yang masih di tangan Saia.

“Kerja kau dah selesai. Aku tak bayar kau untuk buat apa-apa selain culik Kata.”

Baju melepaskan sampul coklat bila Saia mengerti. Saia terus keluar dari gudang gelap sambil bermain harmonika. Saia akui Baju gadis aneh. Dalam gudang gelap besar itu hanya diletakkan almari hitam antik dengan pintu sebesar dua pintu bilik tidur rumah banglo. Ukiran ros hitam terletak cantik di antara kedua pintu tersebut (rantai besi dan mangga perak besar mencacatkan keunikan ukiran tersebut). Kenapa perlu lelaki yang diculiknya sebentar tadi perlu dimasukkan dalam almari itu Saia tidak ambil peduli.

Dan almari antik hitam itu kembali mengganas pabila not pertama harmonika Saia memenuhi ruang gudang gelap.

…………………………………………………………………………………………………………………………

Bunyi irama tanpa sumbang ibarat satu cahaya menerangi dinding hitam yang mengelilingi Kata. Dengan harapan penyusun irama itu mendengarnya, dinding hitam itu kembali digegarkan.

“Ada sesiapa kat luar tak?! Tolong saya!” Irama itu semakin sayup dan hilang sebaik sahaja kedengaran kayu berlaga dengan kayu di bawah daya tarikan yang sangat kuat. Kata hampa.

“Tak guna kau melawan, Kata,” suara gadis muncul di tengah sunyi. Kata seperti pernah mendengar suara itu.

“Kau siapa?!”

“Kau tak ingat rupanya. Tak apa. Lagi bagus.”

“Kau nak apa?! Kalau pasal duit, sia-sia! Keluarga aku tak kaya pun!”

“Aku tahu. Tapi bukan sebab tu kau kat sini. Aku nak cinta kau,” Kata terkesima.

“Maaf. Kau terlambat. Aku dah ada kekasih.”

“Bayu tak guna tu kekasih kau? Apa yang ada pada dia yang tak ada pada aku?!” esakan gadis itu mengingatkan Kata pada teman karibnya yang hilang setahun yang lalu tiba-tiba muncul kembali dalam hidupnya.

“Baju? Kau ke tu?” Kata meneka dengan harapan sangkaannya meleset. Baju ibarat bidadari untuk Kata. Tak mungkin Baju akan buat begini padanya.

“Aku suka bau kau. Kau harum, sama ada kua baru lepas mandi atau bila kau berpeluh. Tapi sejak kau bersama Bayu, haruman yang aku rindu dari hangat tubuh kau selama ni dah tak ada. Yang buat aku terseksa bila hanya bau Bayu yang muncul tiap kali aku dengan kau. Aku hilang sebab aku nak cari balik haruman yang selalu aku bau tiap kali aku jumpa kau,” kata-kata itu mengingatkan Kata pada satu nostalgia.

…………………………………………………………………………………………………………………………

“Kata! Kenapa tukar minyak wangi? Tak best-lah bau dia,” komen Baju sebaik sahaja Kata melabuhkan diri di depan Baju berlatarkan kedai mamak tidak jauh dari rumah sewa Kata.

“Eh, mana ada aku pakai minyak wangi. Kau macam tak kenal aku pulak kan,” balas Kata.

“Tapi…” belum sempat Baju mengeluarkan hujahnya, tiba-tiba Bayu melalui meja mereka. Mata Baju membuntuti langkah Bayu sebelum merenung tajam Kata.

“Siapa tu?” renungan tajam Baju masih menembusi jiwa Kata.

“Bayu. Jiran sebelah,” jawab Kata bernada selamba.

‘Alamak. Kantoi…’ hati Kata berbisik. Hidung Baju memang tak pernah berbohong.

…………………………………………………………………………………………………………………………

“Baju, kenapa kau buat aku macam ni?” Kata melembutkan suara.

“Aku sayangkan kau. Aku sayangkan wajah gula-gula kapas kau bila kau blushing. Aku sayangkan bibir kau yang dah tawan hati aku. Aku sayangkan mimpi aku merasa kemanisan bibir kau. Aku sayangkan mata bercahaya kau tiap kali kau tengok muka aku. Aku sayangkan suara kau bila kau sebut nama aku. Aku sayangkan cinta kau yang aku pasti seharum tubuh kau bersemadi abadi dalam dakapan aku,” mendengar perkataan demi perkataan dari Baju sudah cukup buat Kata meremang.

“Aku sayangkan Bayu lebih daqri aku sayangkan kau,” jujur Kata mengatakan.

“Kalau macam tu, kau teruslah sayang dia. Sampai kau mampos!” Baju ketawa mengilai. Kata pasrah. Poket belakang diseluk. Dompetnya masih ada bersama satu barang lain. Kata tidak mengendahkan barang yang diletak bersama dompetnya. Dompet terbuka memaparkan senyuman ikhlas Bayu bersamanya.

Dengan muka tertanya-tanya poket belakang diseluk lagi. Kata merasakan ada sesuatu sebesar genggaman tangannya. Pabila dikeluarkan maka muncullah satu objek hitam bujur dengan perak memisahkan bahagian hadapan dan belakang objek hitam tersebut. Pemberian Bayu. Kegunaan ketika kecemasan. Tapi Kata masih tidak pasti bagaimana objek tersebut mampu membantunya dalam kecemasan seperti ini. Sehinggalah Kata menekan perkataan ‘push’ maka terkeluarlah mata pisau Rambo yang sangat tajam lagi berkilat. Mata pisau dimasukkan kembali. Muka Kata kini tiada perasaan.

…………………………………………………………………………………………………………………………

Baju ingin keluar dari gudang gelap apabila almari antik berukiran ros itu bergegar. Kali ini gegarannya sangat hebat. Gegaran yang terakhir menyebabkan pintu almari pecah dan rantai besi jatuh ke lantai gudang gelap.

Baju tidak mampu berganjak. Baju memandang wajah Kata yang sungguh berbeza dari Kata yang biasa. Tiada senyuman, tiada kata-kata. Bunyi derap kaki Kata mengiringi degupan jantung Baju. Dan degupan itu semakin kuat bila Kata berdiri betul-betul di depan Baju. Kelima jari kanan Kata menyentuh lembut pipi kiri Baju. Baju hilang dalam sentuhan Kata.

“Kau sayangkan wajah gula-gula kapas aku.”

Tangan kanan Kata perlahan-lahan turun memegang tangan kiri Baju lantas badan Baju dipusing membelakangi Kata.

“Kau sayangkan bibr aku yang dah tawan hati kau,” deru nafas Kata di belakang telinga Baju terus membuat dada Baju berombak. rambut Baju dei bahu kiri disuakan ke kanan, menampakkan leher hitam manis gadis itu. Leher Baju yang terdedah itu Kata kucup. Lama.

“Kau sayangkan mimpi kau merasa betapa manisnya bibir aku,” tanpa melepaskan tangan kanan Kata dari tangan kiri Baju, Kata bergerak mengadap Baju. Muka Baju menatap mata dingin Kata.

“Kau sayangkan mata aku bila aku tatap wajah kau,” Kata mengangkat dagu Baju merapatkan wajah mereka. Bibir Kata kini betul-betul di telinga kanan Baju.

“Baju… Kau sayangkan suara aku tiap kali aku sebut nama kau,” Baju tak dapat menahan perasaan.

“Sebut nama aku lagi,” pinta Baju, halus.

“Baju…” Kata merangkul tubuh genit Baju.

“Lagi…” suara Baju semakin tenggelam.

“Baju…” rangkulan Kata pada tubuh Baju semakin kejap. Tiada lagi ruang yang memisahkan tubuh mereka.

“Kau sayangkan cinta aku macam kau sayangkan haruman badan aku dan kau ingin dakap cinta aku sampai mati,” satu tusukan menembusi saraf tunjang Baju. Baju terlalu asyik di bawah belaian Kata sehingga Baju tidak mampu menjerit. Pisau yang masih melekat di belakang Baju Kata pulas hingga puas sebelum dicabut. Baju terbaring longlai dengan nafas semakin hilang.

“Aku dah buat apa kau nak,” bunyi derap kaki Kata semakin sayup. Baju gembira dengan hadiah kematian yang diterima dari Kata. Baju masih mendengar bunyi harmonika tatkala nafas terakhir Baju meninggalkan Baju dengan mata terbuka.

*Adaptasi dari lagu ‘Harum’ nyanyian Roze Kasmani yang diinspirasikan dari filem ‘Perfume: A Murderer Story’.

Tuesday, September 4

THE YELLOW HUMMMER

I see it. Every Monday. The yellow Hummer. I don’t know who it belong to. The yellow Hummer will be there by 10 in the morning and be gone after 5 in the evening. I never saw the owner of that yellow Hummer (I never know Hummer is a brand of a car). But I think it must be from a very rich and have a big family person (that is the only Hummer I see here). One fine day, I heard an announcement with a very, very sad tone:

“Attention to all student, it is a sad information that need to be spread. One of our part time lecturer, Mr. Ali bin Rostam, 50 years old from University Malaya had passed away because of a heart attack. Al-Fatihah.”

I think that Hummer was belong to Mr. Ali bin Rostam (I do not know who he is because he never teach my class) because the next Monday I did not see the yellow Hummer anymore. Okay, the mystery solved. So??? I forgot about the yellow Hummer day after day thanks to my packed classes, part time job, never-heard-of-it-but-it-is-so-cool film screening, my friends’ short films preview, workshop, bla… bla… bla…

But yesterday, that was Monday, I saw the yellow Hummer again while I was going to my very early class. Were Mr. Ali back from death? It was really confusing me. How can a person cheat death? This is something that need to be observed.

Later that evening, I took a walk with my friend, Suna. She was singing ‘Fanatik’ at chorus (please do not remind me of her voice). Then, we saw the yellow Hummer. WITH ITS OWNER. His real description 360 degree different from my imagination (Well, not 360, because I predict the owner of the yellow Hummer is a guy). He was not very old, have an average height and he was skinny and bright. And yeah, he is still single (How I know that? You just wait).

The owner of the Hummer looked at us. Well, obviously not Mr. Ali bin Rostam. He throw a smile to us and got into his yellow Hummer. Half of Suna’s soul flew away while catching his smile.

“That is Yusri KRU!” said Suna before fainted at my lap (with a smile, of course).

*This story had been written like one or two years ago. Something changed here and there in those time (especially the status of the owner of the yellow Hummer. HAHA!). End up in a zine called ‘NOKSS#1’ under the name ‘Pagani Zonda Hitam’ (translated in Malay with a lot of changes). Go check it out!

Wednesday, August 29

AKO, KAW, DANG, DEA

 

Kaw. Bagi Ako tiada apa yang menarik untuk dilihat dalam mata yang mampu memuatkan sehelai kuey teow ke dalam korneanya. Dengan kulit gula melaka diracik-racik dan tubuh badan yang seandainya di humban ke dalam gym bertahun-tahun mampu menjadikan serigala jadian berseluar pendek ciptaan penulis buku cinta antara manusia dan pontianak berkilau menjunam jatuh dari carta lelaki pujaan wanita seluruh dunia (almaklumlah buku antarabangsa terlaris campur filem kegilaan wanita emo pelbagai generasi) membuatkan aku skeptikal bahawasanya Kaw seorang yang aktif dalam hidup atau faktor genetik menjadikan Kaw sebegitu (ada kemungkinan gak tu).

Lima patah perkataan tentang Ako. Ako, tak, pandai, approach, lelaki (cuba kira, cukup lima tak? Maaflah, math modern saya A+). Ako akan berkawan dengan manusia yang bukan sejenis dengan Ako atas dasar sosial umum. Sama ada dia anak jiran Ako, klasmate Ako atau pakwe or ex-pakwe or skandel member-member Ako (kategori ini memerlukan member-member Ako untuk memperkenalkan mereka-mereka yang berkenaan kepada Ako, jika tidak, you are stranger in my life!). Itu pun paling komang konversasi yang Ako lakukan dengan kawan lawan jenis Ako adalah mengenai kelas dan keluarga. Tiada yang peribadi. Kot.

Tetapi Kaw boleh dianggap seorang yang sangat berani pada pertemuan pertama. Sedang Ako asyik menyusun buku-buku terbaru di atas rak setinggi siling kedai buku dengan nama kedai berbunyi ala-ala Afrika pada masa yang sama memuja setiap buku yang dipegang dengan pelekat tanda harga (secara psikologi, Ako adalah gadis yang obses dengan benda berjilid, berkertas dan berperkataan. Lagi tebal jilidnya, lagi bersemangat jiwa Ako), Lelaki mata kuey teow kulit gula melaka diracik datang menghampiri Ako yang masih hanyut dalam dunia buku-bukunya (sebab utama kenapa Ako bekerja di situ).

"Tompang tanye, kat sini ade jual buku Heri Poter?" Tanya seorang mamat bermata kuey teow berkulit gula melaka diracik. Ako yang memakai uniform biru muda dengan nama kedai buku tempat dia bekerja terukir cantik di dada kirinya hanya menunjuk pada satu arah: betul-betul di bahagian belakang lelaki mata kuey teow tadi.

"Oh, maahkang saye. Saye dok peghasang tadi," kata mamat bermata kuey teow tadi. Ako hanya tersenyum sambil menyambung kembali tugasan syurgawinya dalam keadaan bersila.

Suasana senyap. Kedengaran bunyi gesekan biola memenuhi ruang kedai. Konsentrasi Ako diganggu lagi dengan satu soalan super spontan dari lelaki mata kuey teow.

"Saye nok mintok nombo telepong cik adek buleh?"

'Apa ke halnya mamat ni? Angin takde ribut tak lalu tetiba mintak nombor telefon aku. Dahlah cakap stail orang pantai timur cakap KL tak jadi. Takpe, aku cakap jelah...'

"Tak boleh!" Ako menitikan senyuman paling gula berlada pada lelaki kuey teow.

"Ala... Kenape cik adek dok mahu bagi nombo telepong cik adek pado abang?" Tanya lelaki kuey teow.

"Yelah, tak tahu nama, tak tahu apa terus mintak nombor phone. That's not a polite way to approach a girl," kata Ako.

"Cik adek cakak ape, abang dok pahang," pemberitahuan lelaki mata kuey teow itu menyebabkan tangan kiri Ako bertepuk dengan dahinya sendiri. Dengan satu hirupan udara yang amat panjang, dia menjadi Google Translate ayat yang dia tuturkan sebentar tadi.

"Apa yang abang (Ako sebut perkataan 'abang' dengan muka sentap) buat adalah salah satu cara yang paling tak sopan untuk berkenalan dengan seorang perempuan," kata-kata Ako dibalas dengan penuturan vokal O yang sangat panjang oleh lelaki mata kuey teow.

"Okey,okey. Name abang Kaw. Name cik adek?"

"Ako."

"Sekarang adek Ako doh tahu name abang. Buleh abang mintok nombor telepong adek?"

Sekali lagi Ako merasa cuak.

"Kaw nak buat apa mintak nombor telefon saya?"

"Saje nok berkenalang. Nok kenal lebih pasal cik adek. Kalo buleh nok wak kkasih."

Bila dah disebut seperti itu, dengan pantas Ako menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon bimbit pintar white marble-nya. Applikasi Whatsapp dibuka dan nama Dea si pendengar problema dilema dicari sementara mulut Ako masih ringan melayan kerenah lelaki mata kuey teow bernama Kaw.

Ako: Ermm...

Dea: Silakan Cik Ako

Ako: Ada sorg mamat usha aku. Help!!!

Dea: Who?

Ako: Ntah

Nme x bg trus mntk no phone

Wattudu!!!

Dea: Gila advance

Ako: Aku tye kje pe

Trus ckp

'saya malu nk bg tahu'

Dea: Errr... Banglakah?

Ako: X

Melayu

Terengganu

Dea: Wwwoww

Errr

Ako: Slanga kl x brape nk jd

Dea: Ray Ban kah (salah seorang kawan kami dari Terengganu)

Hehehe

Ako: Bkn

Fitter

Hehe

Dea: Muehehehe. Still ada di situ kah

Ako: Die brlalu lpas aku tye psl kje

Tp die ckp len kli die dtg lg

Dea: Owww.. Malu sgt agknya

Dy gi cri keje dlu then bru dtg hdap kau lg

Hehehe

Ako: So...

Pendapat please

Dea: Aku xtgok dpn2 mta ssh nk aku duga

Ako: Apa ptut aku buat berdasar kn dialog td.

Dea: Apa kau bkenan pada dy?

Ako: Nme pn x tau camne nk bkenan

Dea: Hehehe. Rupa prasnya?

Ako: Ala2 senior kte yang selalu muncul kat drama akasia pukul tujuh malam.

Cme bdn die less tough sket

Dea: Blh than. Huhu. Sok dy mai hg masuk daun lg

Ako: Die dtg lg

Dea: Mulakan skrg. Yeahhh

Ako: X pyh tgu esk

Die dh dtg blek

Dea: Mula kn now

Ako: Dia blanje air

Wattudu...

Dea: Wow

Ako: Tok sah lh wow sgale bgi

Dea: Dy blnja kau air? Ehem2

???

Ako: Apa aku kne buat ni?

Tlg lh aku

Dea: Bkenalan la

Ako: Tu aku bleh buat

Sat no...

(beberapa ketika kemudian)

Ako: Nme Kaw

Umur x dknal pasti

Kje kdai bku kat sg way or wang (x brape nk dgr aka x brape nk caye)

Dea: Then what happen

Ako:Die dtg bwk air klapa

Tp x brani nk mnum dpan die

Ble membe die ckp psl kje die

Die buat simbol 'hush'

If u know what i mean

Dea: I know. Awat yg dy brahsia sgt ye

Ako: 2 yg aku plek

Lpas tu die ckp len kli die dtg cni die nk ngorat aku

Smpi die dpt no fon aku

Dea: Errrr.... Seribu kali errrff

Ako: Skarang die dh blek dh

but i hope for good lh

Dea: Kau bg no fon kau?

Ako: Of kos...

X!

N skali lg die lalu td

Tp x singgah.

Dea: Mrajuk mgkn

Ako: X kn lh aku nk bg no fon lpas kne serang tetiba

Dea: So kisah hati kau brakhir disitu la ye? Esok episod brsambong

Ako: Kalo die tekad nk dtg esk

We'll see

Perbincangan Whatsapp Ako dan Dea tergendala apabila penyelia spek petak tebal (mujur muka hensem bila tak senyum) memandang Ako dengan wajah serius tiada perasaan.

.........................................................................................................................................

Pukul tujuh. Sudah sampai masa untuk Ako pulang. Sedang Ako kemas barang, satu suara gemersik buat-buat comel menyapa,

"Hai Ako. Awak kemas barang ke? Shif dah habis ek?" Tanya pemilik suara gemersik buat-buat comel, seorang gadis bernama Dang (Kalau korang pernah tengok lawak Harith Iskandar 'Malaysian: We State The Obvious', Dang adalah salah seorang yang patut terasa dengan lawak tersebut).

Dengan muka penat (campur tak kuasa nak layan soalan yang tak payah dijawab), Ako menjawab,

"Takdelah, saya tengah baring mengadap matahari kat Los Angeles. Tak nampak ke?"

"Ako ni lawaklah. Sebab tu saya suka borak dengan awak," ketawa kuda Dang muncul.

Senyap. Ako galas beg untuk keluar.

"Eh, supervisor spek petak masuk kerja tak hari ni?" Tanya Dang. Ako tahu ke mana soalan itu menuju.

"Masuk."

"Wau... Dia masuklah hari ni. Baru ada semangat nak kerja. Walaupun dia jarang senyum, tu yang buat muka dia bertambah hensem. Tinggi pun tinggi. Kulit cerah. Memang ciri-ciri suami idaman saya. Rasa-rasa awak kan, dia dah ada girlfriend belum?" Ako memang sudah duga ayat-ayat basi berkenaan akan muncul lagi hari itu. Maka Ako muncul dengan dialog baru.

Apa kata awak tanya dia terus? Lagi afdhal daripada awak tanya saya."

"Tak naklah. Saya ni pemalu orangnya (I doubt that). Tapi hari tu kan saya..."

"Nak balik. LRT bapak saya tengah tunggu. Awak pun pergilah masuk kerja cepat-cepat. Makin cepat awak masuk kerja, makin cepat awak dapat tengok muka supervisor spek petak. Babai," Ako memaniskan senyuman bersama jelingan tajam menyerang wajah tembam kulit ciku Dang.

"Ye tak jugak kan? Kalau macam tu saya masuk kerja dululah," Ako melepaskan nafas lega pabila langkah Dang menjauhi posisi tegak Ako. Dan persis kereta formula 1 tengah berlumba atas litar Sepang, Ako mengatur langkah seribu sebelum Dang muncul kembali membawa cerita yang diulang cakap lebih tiga puluh kali sebulan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Hari cuti. Memang sudah termaktub dalam diari Ako dan Dea mereka akan menghabiskan masa bersama. Dan hari ini, destinasi mereka adalah sebuah pusat membeli belah betul-betul di bawah hotel 30 tingkat.

Sedang Dea dan Ako bergelak ketawa senang hati keluar dari pusat membeli-belah bawah hotel menuju ke jambatan udara yang bersambung dengan monorail, Ako terlihat kelibat seorang lelaki. Mata kuey teow lelaki itu sedang berbicara dengan seorang wanita yang jauh lebih kecik (dari segi saiz) dari Ako. Persis seorang kanak-kanak takut bila nampak muka samseng, tangan Dea ditarik.

"Dea. Rasanya itu Kaw yang aku cerita hari tu."

"Mana, mana?"

"Tu..." bibir Ako dimuncungkan (macam mulut itik da...). Dea memandang ke arah lelaki kulit gula melaka diracik.

"So, apa kau nak buat sekarang? Mamat tu pun tengah tunggu monorail jugak," Dea sememangnya sangat tenang dalam hal ni.

"Buat tak nampak sudah. Bukan aku je perempuan yang dia nampak hari-hari," Ako menunggu monorail dengan harapan Kaw tidak perasan siapa Ako tanpa uniform birunya. Harapan itu hancur bila Dea menegur.

"Aku rasa mamat tu makin dekatlah, Ako."

"Biarkan."

"Aku pulak yang tak selesa berdiri kat sini."

"Suka hati dia lah nk buat apa. Ini kan tempat public," Ako pasrah.

Dan Kaw muncul memulakan perbualan dengan cara paling kekok (awkward...) sekali.

"Adek beghdue ni nok ke mane?"

Ako menunjukkan muka cukup-cukuplah-aku-jumpa-mamat-ni-kat-tempat-kerja pada Dea. Dea tepuk belakang Ako tanda faham.

"Kami nak balik," kata Dea.

"Adek beghdue je ke?" Kaw beramah mesra. Ako teringat pada Dang dan obvious statementnya.

"Eh, takdelah. Satu stesen monorail ni kawan kitorang. Tak gitu Ako?" Dea berseloroh (pada masa yang sama menyindir Kaw). Kaw malu berselindung tawa.

"Dari mana?" Tanya Dea.

"Baghu balek khijje. Takdi paka kasuk, sekaghang tuka ngang slipa," kata Kaw sambil telunjuknya terarah pada kaki bersepatu Jepun getah yang Kaw sedang pakai. Dea senyum tak berapa nak ambil kisah.

“Adek manih ni ni name sape. Umo beghape. Tapi kalo hok teng-ngoh tu abang tau la. Tapi dok leh wak temang idop. Mude sangak. Buleh buak adek akak je. Abang sbenanye nok buak die jadi temang idop tapi tokleh lah pulok,” Kaw memancing kasihan.

“Kenapa abang tak cuba. Dia ada kat sebelah saya je ni ha,” Dea memberi semangat.

“Abang dok beghani nok cube. Adek manih ni name sape? Buleh tau dok?”

“Boleh tapi bagi tahu umur abang dulu,” Dea bagi syarat.

“Panda adek pusing balek soalang.”

“Tabib cinta kot,” bisikan Dea buat aku senyum.

“Ni asa daghi mane?”

“Tekalah.” Dea masih main tarik tali.

“Dok leh nok agok adek daghi mane.”

“Saya dari utara.”

“Ooo... Abang oghang Kedoh.” Ucapan itu spontannya memancarkan aura pelik pada wajah Dea.

“Ye ke orang Kedah? Bunyi tak macam Kedah pun.”

“Beto... Saye oghang Kedoh.”

“Orang Kedah... Boleh cakap utara kan?”

Kata Kaw terkunci.

“Kalau balik kampung mesti rembat nira nipah,” Dea cuba membayangkan kesedapan nira nipah dalam kepalanya tetapi terbantut dengan ayat Kaw.

“Nighe nipoh tu gappe?”

“Kalau betul abang orang utara, abang takkan tanya soalan ni.”

Ako tak pasti Tuhan ingin menyelamatkan Ako atau Kaw kerana sebaik sahaja Dea tuturkan bicara terakhirnya, monorail tiba mengangkut Ako, Kaw, dan Dea. Kaw tidak kelihatan dalam monorail sebaik mereka turun.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

"Ako. Dang mana pegi ah?" supervisor spek petak tanya Ako. Ako terkejut. Supervisor yang ni mana pernah borak dengan sesiapa. Buang tabiat ke apa mamat ni?

"Ako, saya tanya, kamu tahu Dang mana pegi? Sudah tiga hali dia talak masuk keja," slanga Cinanya tidak sukar untuk difahami.

"Entah. Saya ingatkan Dang cuti," Ako mengeluarkan buah fikiran.

"Dang talak bagi sulat cuti. Tiba-tiba ilang. Ali tu saya nampak kamu bolak dengan lelaki. Boiflenna?" Supervisor ni kaki gosip jugak rupanya.

"Takdelah. Lelaki tu datang cari buku Harry Potter," kata Ako jujur.

"Kamu hati-hati. Sekalang manyak kes culik. Kamu balik naik el-agh-ti kan? Kena ada pepper splay. Langkah bejaga-jaga," kata supervisor spek petak.

"Ya. Saya akan sentiasa bawak pepper spray dengan saya," supervisor spek petak senyum pada Ako (Ok. Supervisor ni lagi bertambah hensem bila senyum) sebelum menuju ke kaunter. Baru tiga tapak supervisor spek petak melangkah, Ako bersuara,

"Terima kasih sebab concern."

Supervisor spek petak berpaling, menunjukkan muka serius tiada perasaannya.

######################################################################

Setelah seminggu berlalu Dang kembali bekerja. Sebab dan jawapan ke mana Dang hilang seminggu masih menjadi misteri. Walaupun ramai membuat spekulasi Dang masih berlagak biasa. Ketawa kuda dan mimpinya bersuamikan supervisor spek petak masih menebal dalam jiwa Dang. Ako masih meneruskan kerja-kerja kegemarannya (susun buku di bahagian sastera antarabangsa) apabila dia disapa sesorang.

"Ape kaba cik adek. Ingak dok abang ni?" Kaw muncul tetapi tidak Ako hiraukan (salah timing).

"Cik adek dok ingak abang ke? Kecik hati abang," Kaw hulur muka simpati. Ako meletakkan buku terakhir di tangannya ke rak yang berkenaan sebelum berpaling.

"Kaw kan? Nak cari buku apa?" tanya Ako. Itu soalan lazim yang diutarakan kepada semua pelanggan.

"Nok cari buku telepong. Nok cari nombo telepong cik adek," kata Kaw.

'Dia nak start mengayat pulak. Takpe Ako. Ko jawab je macam ni,'

"Kedai ni tak jual buku telefon. Kalau nak kena pergi beli kat kedai yang ada jual buku macam tulah. Tapi kalau sekadar nak cari nombor telefon saya tak payah bazir duit. Memang takkan jumpa," kata Ako.

Sedang Ako menepis ayat-ayat perangkap dari Kaw (pada masa yang sama cuba menghalau Kaw dengan cara yang paling halus), tiba-tiba telefon white marble milik Ako bernada mesej.

'Ako. Kalo mamat mte kuey teow klit gule mlaka kne rcik tu dh blah ko msj ek. Sakit jiwa rga kne kaco ngan mamat 2 sminggu.'

Mesej dari Dang telah mengubah persepsi Ako mengenai Kaw selamanya.

**Permintaan dari Fatin Danea. Sorry ambil masa lama, Atin. And kalau ada kesalahan ejaan, jangan segan-segan bagi tahu  ye… Nanti boleh edit balik.

Winking smile

Monday, August 27

WHERE’S TANYA?

 

Pat sitting at the bar. feeling forever alone in  McDowell High School reunion party. Suddenly his ex-classmate, Richard come to him.

“Hey, Pat! It’s been a long time buddy. Where’s your long-lasting girlfriend? The one who been with you since first day of high school until graduation? What’s her name? Dania or something?”

‘Oh hell no I wanna told him she dumped me. Especially here.’

“It’s Tanya. She’s fall to the ground when we were paragliding. Her parachute won’t work,” Pat make sure to make his voice as sad as he can.

“I’m sorry dude. let me buy you a shot.”

Silence. A small tequila end up in front of them. Pat drink it with one gulp.

“Are you okay, buddy?” Richard was concern.

“Yup. I’m fine.”

“You a strong guy. You know that right? I wanna go dancing. Are you on?”

“No, it’s okay. I think I better sit here. Have fun.”

Richard went to dance. Then his another ex-classmate, Ray sitting next to him.

“Pat! You made it. Where’s Tanya?”

“She’s been shot by a lightning when we were playing with the rain last summer.”

“Oh mother-roo, sorry. I didn’t know.”

“It’s totally cool, Ray.”

“Let me buy you a drink. Jack! A tequila here.”

“Thanks, Ray.”

Suddenly a voice come from nowhere calling Ray.

“Someone called me. Gotta go. Are you okay?”

“Yup! Never feel better,” Two shot of tequila really bring him down.

Then an old friend, Ian sitting next to him with a big smile.

“Pat! What’s going on? Did you and Tanya get married?”

“No, man. She’s fall from the Pisa Tower when I excitedly jumping around after she say YES when I proposed her there.”

“That’s horrible disaster. Let me buy you something. Jack! One tequila.”

“Thanks, Ian.”

“I’m sorry for your loss.”

Silence. Pat realize Ian was gone. Another shot in one gulp.

“Hay Pat! Am I seeing you alone here? Where’s your beautiful Tanya?” And that the sound of Joseph.

“Hay Joseph. She’s drowned when we were having a great day in a hot spring.”

“Oh My God! I’m so sorry. I didn’t meant to.” Tears down from his cheeks.

“It’s okay. You know nothing about this.”

“Let me give you a shot.Jack! Tequila here.”

“Thanks, Joseph.”

Joseph pull out a business card.

“This is my number. Call me anytime. God bless you, sweetheart.”

“Okay.”

Joseph was gone. Anthony came over. Pat become more drunk than ever.

“Hey dude! Pat right? Where’s Tanya?”

“Why all of you asking me about Tanya? I’m not her bodyguard!”

“Hey! Don’t fret. I’m just asking. Both of you were popular at high school because you have a very long relationship than anyone else here. That’s easy to remember.”

“I’m sorry. She’s been eaten by a lion when we were backpacking to Africa.”

“Oh, and she just got back from the lion’s tummy in one piece, extra blonde, look more evil than ever, just because she want to come to this reunion.”

“Yeah… I wish. WHAT?!”

“Look over there, dude.”

Pat turn his head to one corner where Richard, Ray, Ian, Joseph and Tanya look straight to him with their demon faces.

‘Oh crap!’

*Inspiration from ‘50 Ways To Say Goodbye’ by Train. Catchy mariachi. hehe

GOWWWIN’ UP!!! 

Friday, August 10

SHORT ANNOUNCEMENT

I just want to say happy fasting & Aidilfitri Mubarak.

Ok, bye...

Oh yeah, before I forgot, I make a Zine. 

Thank you... 

GOWWWIN' UP!!!
(^_^)

Sunday, April 22

Rumah Agam Tengah Taman Negara part 2

     Che' Lah terpisat-pisat. Dia seakan terdengar bunyi sesuatu disiat-siat. Dia yang tidak faham bagaimana dia boleh berada dalam bilik tamu yang ada katil saiz permaisuri dari kayu jati terus bergerak turun dari katil. Bila dia keluar dari bilik yang ada katil permaisuri, cermin bulat yang dah berhabuk dengan almari kayu sebesar pintu rumahnya sendiri, bunyi tersiat-siat seperti ada orang menyiang daging digantikan dengan bunyi besi dan batu berlaga.  

   Semakin Che' Lah mendekati, bunyi-bunyi itu makin kuat. Dia dapat rasakan degupan jantungnya beriringan dengan bunyi-bunyi tersebut. Dia berjalan berhati-hati bagai seekor kucing mengendap tikus besar yang lazat lagi enak, pada masa yang sama tidak ingin si tikus tahu kucing memerhati.  

   Pabila dia berada di hadapan pintu yang menjadi pemisah di antara bunyi yang semakin kuat dan dirinya, debaran di dadanya makin kencang. Sekencang angin yang bertiup di tingkap meliukkan pepohonan yang meliar di sekeliling rumah agam. Tombol pintu kuning disentuh. Sejuk umpama air batu yang tak pernah meninggalkan peti sejuk.    

  Tombol pintu kuning yang bulat itu diputar perlahan. Che' Lah tutup mata rapat-rapat sampai nampak kedut di hujung mata dan dahi kerana menyangka akan ada keluar bunyi keriuk karat engsel seperti filem-filem hantu Melayu, tetapi apabila mendapati tiada satu bunyi pun yang keluar melainkan bunyi orang siang ikan tadi, dia menghembus nafas kelegaan.    

  Pintu itu dibuka sedikit sahaja. Cukup untuk mata belah kanannya mengintai apa yang menyebabkan bunyi siang ikan yang sangat kuat itu. Belum sempat dia mengintai, hidungnya menangkap bau hamis sekolam penuh darah yang tak pernah dia bau sebelum ini. Bau darah yang sangat banyak itu membuatkan Che' Lah hampir pitam tapi digagahkan juga matanya mengintai bunyi siang ikan yang masih berkumandang.  

   Che' Lah nampak belakang seseorang berambut panjang putih berbadan kurus rendah pakai baju karung guni sedang menyiang daging. Cahaya di dalam bilik itu yang hanya bertemankan lilin bersebelahan lelaki itu menyebabkan Che' Lah tidak dapat mengagak daging apakah yang disiang lelaki itu.  

   Dengan rasa ingin tahu yang sangat kuat, dia cuba masuk ke dalam bilik yang lebih menyerupai tempat sembelihan haiwan ternakan dan cuba mengintai dari dekat. Che' Lah dapat melihat ada bahagian bulat yang telah terpisah dari daging tersebut. Bahagian bulat itu seperti tidak diendahkan oleh lelaki karung guni tersebut.  

   Che' Lah bersembunyi di belakang peti kayu besar warna coklat bersebelahan dengan tempat bahagian bulat itu diletakkan. Dia cuba meng-adjust-kan kornea matanya supaya dia dapat melihat dengan lebih jelas lagi. Alangkah terkejut bukan kepalang apabila dia melihat mata, jatuh ke hidung kemudian mulut bahagian bulat itu yang akhirnya membentuk kepala Aliff!

     Kejutan yang sangat dahsyat itu telah membuat badannya tersentak kuat dan merempuh kotak kayu yang melindungi dirinya. Lelaki karung guni berpaling. Che' Lah terus bersembunyi di balik kotak kayu tersebut dengan peluh yang keluar dari badan sama banyak dengan degupan jantungnya ketika ini.  

   Bila jantung Che' Lah beroperasi secara sempurna semula barulah dia memberanikan diri melihat ke tempat lelaki karung guni menyiang daging Aliff tetapi lelaki karung guni sudah tiada. Tiba-tiba dia rasakan tempat yang dia bersembunyi semakin gelap. Seperti ada bayang-bayang menyelubungi sekeliling. Sekejap! Bayang-bayang? Che' Lah berpaling untk memastikan.  

   Tekaan Che' Lah betul tetapi dia terlambat. Sebaik sahaja dia berpusing lelaki karung guni terus mencantas leher Che' Lah seperti mencantas lalang yang hanya menyusahkan orang.  

..........................................  

   Matahari bersinar terang di tapak perkhemahan. Suasana yang hanya milik burung dan cengkerik itu terganggu apabila terdengar bunyi zip ditarik dari khemah berwana biru tua. Aliff dengan wajah terpinga-pinga keluar dari khemah sambil memegang pinggang sebelah kanan. Kesakitan yang tidak tahu dari mana wujudnya itu menjadikan dia seperti sedang melakukan regangan.  

   "Awal bangun, " Che' Lah mencelah dari balik khemah kuningnya. Tangannya sibuk mengurut leher yang terasa sakit tiba-tiba.  

   "Biasalah bila dah kumpul cukup tenaga. Tapi rasanya tak jadilah nak jungle trekking," kata Aliff.  

   "Laa... Kenapa pulak. Kan malam tadi dia yang beria sangat nak berjungle trekking," mulut Che' Lah menuturkan perasaan yang jauh berbeza dari kata hatinya.  

   "Aku baru teringat. Ada satu lagi kertas cadangan yang aku kena buat. Tadi bos dah call sampai berdesing telinga, lenguh pinggang ni duduk atas tanah tu dengar bos bagi ceramah motivasi," nak tak nak Aliff terpaksa menyembunyikan mimpi anehnya malam tadi. Dan entah mengapa bau tengik hapak bangkai gagak masih belum mahu hilang dari rongga hidungnya. Dia tidak mahu dicop penakut kerana sebuah mainan tidur.

     "Ye ke? Aku baru nak cakap kat kau yang aku rasa tak sihat pulak hari ni. Ingat nak tinggal dalam khemah je. Memandangkan kau dah cakap macam tu baik kita kemas dan balik jelah. Boleh aku pergi klinik," kata Che' Lah berlagak biasa. Padahal hatinya berasa lega tidak perlu ke rumah agam yang dimimpikannya malam tadi. Tengok muka Aliff bercantum dengan badannya sekali dan terbayangkan kepala Aliff dalam dulang dengan mata terbeliak sudah cukup buat dia rebah.  

   "Kau nak pergi klinik? Biar aku hantarkan. Tapi mandi sungai pepuas dulu. Amacam?" cadang Aliff.  
   "Terbaik! Kaulah ketua perangka dan perencana bertauliah aktiviti Taman Negara yang paling best pernah aku jumpa." Che' Lah angkat ibu jari ala-ala pengasas produk kesihatan yang sekarang jadi penerbit filem tak berapa nak laku.  

.............................. ..................   

  Malam mereka bermimpi.

     Di tengah-tengah trek nombor empat, betul-betul di tengah Taman Negara Bukit Bauk secara longitud dan latitudnya terdapat sebuah rumah agam tiga tingkat biru langit yang masih cantik kondisi dindingnya bersama halaman yang dihiasi dengan pelbagai bungaan-bungaan indah yang sejuk mata memandang. Walaupun malam semakin hitam tetapi halaman rumah agam itu bercahaya dengan kehadiran lampu neon putih yang cukup-cukup menerangi bungaan di situ.  

   Kelihatan lampu bilik bacaan di tingkat atas masih menyala. Berhadapkan dengan sebuah buku tebal kulit hitan yang tiada bertulisan di muka depan, seorang lelaki sedang melakukan pergerakan sambil mulut terkumat-kamit membacakan sesuatu. Tangan kirinya yang bergelang manik hitam berasa puas apabila upacara menghantar mimpi ngeri menggunakan telepati itu sudah selesai.

     Kerana rumah agam tengah Taman Negara itu miliknya. Milik dia seorang.
Posted via BlogPost

Rumah Agam Tengah Taman Negara part 1

     Unggun api marak. Abunya berterbangan seumpama kelip-kelip merah mengharung di tengah-tengah rimba Taman Negara Bukit Bauk. Aliff, Che' Lah (teruna remaja lagi bergaya. Jangan tertipu dengan nama) dan Umar penunjuk arah mengelilingi unggun api marak sambil menghabiskan mee segera merah kuning perisa kari.

     "Aliff, apa program kita esok?" Che' Lah bertanya dengan mata biasan api di tengah kegelapan batang pokok sekeliling.

     "Okey, memandangkan aku ketua perangka dan perencana bertauliah Taman Negara Bukit Bauk, aku cadangkan kita pergi jungle trekking trek nombor 4. Amacam?" Tanpa perlu melihat kesemua muka sahabatnya, dia yakin lagi pasti mereka takkan menggeleng apatah lagi membangkang.  

   "Hish... Kau ni dalam banyak-banyak nombor, empat jugak kau pilih," Umar selaku orang berpengalaman bersuara.  

   "Yelah, aku check trek lain semua lapang takde semak samun. Yang tu je berbelukar terlebih. Boleh aku hayun parang baru aku," Aliff menunjukkan parang yang masih berbalut plastik siap ada tanda harga pasaraya hijau putih.  

   "Trek tu berbelukar bersebab, Aliff," kata Umar.    

  " Yeay!!! Tiba masa Umar bercerita. Kasi thrill sikit ini malam," Che' Lah yang buat lelah orang dengan makan paling awal dan habis paling lambat bercakap sebaik mangkuk plastik putihnya habis dihirup.

     Umar tidak melayan kegirangan Che' Lah mula bercerita. "Trek tu sama je sebenarnya dengan trek-trek yang lain. Yang membezakan adalah sebuah rumah yang terletak betul-betul di tengah Taman Negara ni. Rumah agam tiga tingkat yang dah lama tak digunakan. Pegawai kat Taman Negara sendiri pun tak tahu sejarah asal-usul rumah yang tak nampak rumah Melayu tapi dorang renovatelah jugak untuk kemudahan pelancong. Pada mulanya mendapat sambutan menggalakkan tetapi sejak kehilangan seorang remaja lelaki empat tahun lalu di trek nombor empat memang tak ada seorang pun yang berani menjejakkan kaki ke sana. Ramai yang mendakwa mereka mendengar bunyi besi berdenting dan suara menjerit kesakitan dari bilik bacaan. Ada juga yang cakap mereka nampak ada orang menyiang manusia di dapur. Ada jugak yang cakap jumpa anak patung bergerak dengan sendiri dalam bilik permainan. Ada pulak yang cerita semua bingkai gambar melayang sampai pecah tempurung kepala si penceroboh di ruang tamu dan macam-macam cerita yang aku pasti korang akan muntah balik apa yang korang baru je makan, " Umar yang bersuara gemersik itu bercerita secara hambar tetapi mereka yang lain meremang bulu roma.  

   Che' Lah mula menggenggam tangannya sendiri membawa genggaman tangannya ke muka hingga hampir menutup mata (tak padan dengan mamat).     

 "Kau gebang je ni kan? Kau malas nak join esok kan?" Aliff serkap jarang.

     Umar menghela nafas (buat habis vokal aku cerita dikatanya gebang). "Ikut koranglah. Aku cerita apa yang aku dengar. Kalau korang nak pergi jugak trek nombor empat tak dapat aku nak halang."  

   "Kalau macam tu kita stick jelah dengan trek nombor empat. Aku rasa baik kita tidur awal. Kang tak pasal-pasal tak sampai setengah jalan semput pulak esok," kata Aliff sebelum memasukkan mangkuk plastik putih yang masih bersisa kari segera ke dalam plastik hitam. Yang lain mengikut sama.  

   "Selamat malam semua," kata Aliff lagi sebelum menghilang ke dalam khemah biru tuanya. Che' Lah menguap membulat membentuk huruf o menggunakan mulutnya. Umar yang kasihan dengan Che' Lah dan kebosanan kerana Aliff telah merehatkan badan terlebih dahulu berkata.  

   "Adalah lebih baik kalau kau ikut jejak langkah Aliff tu. Aku dah kena pergi dah ni."

     "Eh! Kau tak ikut sekali esok?" tanya Che' Lah.     

 "Trek tu walaupun dah berbelukar masih ada tali. Lagi pun dengar orang cakap je pun aku tak berani nak pandang trek tu." Umar menaikkan semula gelang manik hitam yang hampir terlondeh di tangan kirinya.    

  "Takpelah Umar. Thank you tau!" Che' Lah masuk ke dalam khemah kuningnya dan Umar berlalu dari tapak perkhemahan tersebut. Dan unggun api pengeluar kelip-kelip merah semakin lama semakin malap hingga yang tinggal hanya dedebu kelabu di udara.

.................................................

       'Aku kat mana ni?' hati Aliff bertanya tanpa pasti jawapan harus dikerahkan dari siapa. Yang dia pasti dia terbaring di dalam sebuah bilik yang mempunyai siling yang sangat tinggi. Keadaan yang samar dengan bantuan cahaya bulan di tingkap membantu Aliff melihat bilik itu dengan lebih jelas.

     "Wah, banyaknya buku!" Aliff kagum. Dari paras lantai sehingga paras siling ada pelbagai buku disusun di atas rak yang sangat tinggi di setiap dinding yang ada di dalam bilik tersebut. Dia cuba menilik satu demi satu buku yang ada di atas rak tersebut tetapi disebabkan tiba-tiba bulan main sorok-sorok belakang awan menyebabkan Aliff meraba-raba buku yang ada. Pabila bulan muncul kembali dia dapati dia terpegang satu buku yang mempunyai lambang nombor lapan yang dilentangkan. Aliff cuba untuk mengambil buku tersebut tetapi tidak berjaya. Malahan gerak Aliff itu telah membuatkan sesuatu di dinding rak itu bergerak. Berhadapan dengan Aliff sekarang ini adalah sebuah bilik gelap yang berpintukan buku-buku sebanyak sembilan baris rak. Bunyi keriutnya seakan memanggil Aliff untuk masuk ke dalam bilik itu.

     "Menarik," itu sahaja yang terkeluar dari mulut Aliff sedang mata bercahayanya sangat teruja dengan teknologi yang digunakan. Sebaik sahaja Aliff masuk ke dalam bilik itu, pintu serta merta tertutup. Perasaan Aliff yang baru sahaja tertarik dengan bilik rahsia itu terus rasa terganggu, lebih-lebih lagi apabila tiba-tiba semua jamung di dalam bilik itu menyala dengan sendirinya.  

   Semakin menambah ketakutan Aliff apabila matanya dapat menangkap setiap lekuk dan warna objek yang ada di dalam bilik itu. Bilik itu dipenuhi dengan alatan seperti tukul, paku besi besar, pisau pemotong daging, kerusi yang mempunyai tungku tempat letak dapur atau arang di bawahnya dan juga satu tempat perbaringan menyerupai pangkin dengan tali di bahagian sisi tempat perbaringan tersebut. Kesemua objek yang Aliff lihat sudah berkarat dan ada di antaranya yang berlumuran darah kering.  

       Aliff meluru ke pintu tadi tetapi pintu itu tiada tombol dari dalam. Sedang Aliff berhempas pulas menendang dan menolak pintu itu, tiba-tiba ada satu tangan berkedut tanpa daging dengan kuku hitam comot dengan bau hanyir memerangkap mulut dan hidung Aliff. Saat Aliff terkejut meronta dengan hidung masih menahan bau busuk bangkai gagak dari tangan tersebut, pemilik tangan bangkai gagak itu dengan mudah mengheret Aliff yang tinggi ke tempat perbaringan bertali tadi.  

   Aliff yang mengerang kesakitan semakin kaget apabila tali-tali itu bergerak sendiri dan membelit kedua belah tangan dan kakinya. Semakin Aliff ingin melepaskan diri, semakin kejap tali itu merangkul kaki dan tangannya.  

   Waktu itulah Aliff dapat melihat pemilik tangan bangkai gagak. Rambutnya menggerbang putih panjang seperti sasterawan negara tersohor lagi berusia yang selalu melilau sekitar Kuala Lumpur, giginya jarang seperti pagar-pagar kayu yang selalu Aliff tonton dalam filem-filem Hollywood. Wajahnya berkedut seribu (mungkin usianya juga sama banyak dengan kedut di tubuhnya) dengan berpakaian seperti karung guni yang dikoyak dan dijahit semula merapati Aliff yang cuba mengelakkan hidungnya dari menghidu bangkai gagak lagi.  

   "Kamu tahu apa hukuman bagi seorang penceroboh?" kata lelaki bangkai gagak sambil tangannya menyentuh setiap inci wajah Aliff. Ketakutan Aliff semakin naik mendadak pabila tangan kasar lelaki bangkai gagak turun perlahan-lahan ke seluruh tubuhnya. Peluhnya semakin laju keluar apabila tangan itu berhenti di pinggang sebelah kanannya.    

  "Hmmm... Buah pinggang kamu sangat sihat. Memandangkan penceroboh seperti kamu memang tiada masa depan sebaik saja masuk ke dalam rumah agam Taman Negara ni, adalah lebih baik aku rasmikan dahulu," pisau kecil lagi berkarat sudah hampir dengan kulit Aliff. Nafas Aliff semakin kencang seolah dia baru selesai melakukan ujian kelayakan berlari 500 meter untuk sukan Olimpik. Peluhnya membasahkan keseluruhan pakaian yang telah diangkat sedikit oleh lelaki bangkai gagak di bahagian pinggang sehingga kelihatan kulitnya yang hitam manis.      

Saat pisau kecil lagi berkarat menembusi kulit hitam manis itu, Aliff menjerit kesakitan menjalar ke otak.

Posted via BlogPost

Wednesday, April 18

Hujan

Hujan. Aku suka semuanya tentang hujan. Bau hujan yang menyegarkan rongga respirasiku. Bunyi hujan yang melantunkan pelbagai irama dengan tempo yang sama. Perasaan bahagia saat tiap titis hujan menyentuh kulitku seumpama belaian seorang ibu yang memeluki seorang anak yang bergejolak jiwanya.

Dan pagi itu hujan. Tidak seperti insan lain ( berlari ke tempat berteduh, tutup pintu dan tingkap) aku berjalan perlahan seumpama seorang puteri menaiki takhta di hari keputeraan dan menikmati keindahan salam tiap irama, tiap nafas dan tiap titisan hinggalah aku ternampak satu lopak berbentuk hati betul-betul di tepi padang bola taman perumahanku yang baru satu minggu aku mastautinkan dengan jayanya (ini hujan pertamaku di sini). Lopqk itu bersebelahan jalan tar yang memisahkan padang bola dengan sederet rumah banglo dua tingkat.

Di hadapan lopak air itu aku berhenti (lamalah jugak). Aku terpesona dengan bentuk hati sempurna yang dipenuhi air tanah keruh yang berkocak bila titisan hujan menghempas lopak. Aku cuba mendalami setiap hakisan sempurna lopak hati, umpama aku sedang melihat lukisan tiga dimensi tanpa perlu pakai cermin mata kanta biru dan merah. Aku makin gembira apabila titisan hujan menyentuh lembut lopak hati, gegelung ajaib muncul dan kadang kala berlaga antara satu sama lain.

Tiba-tiba aku rasakan hujan tidak lagi menyentuh kulitku, padahal irama hujan masih beekumandang. Ku pandang atas, kelihatan sebatang payung kelabu menjadi benteng di antara aku dengan hujan, benteng yang dipegang oleh seorang lelaki Melayu hidung mancung kulit cerah tanpa senyum (wajahnya boleh dianggap menarik perhatian, kalau dia tak bawak payung tu) mengeluarkan kata-kata klise tanpa perasaan.

"Jangan main hujan. Nanti demam."

.................................................

Hujan. Aku benci semuanya mengenai hujan. Bau tanah lembap yang menyesakkan saluran oksigen. Bunyi yang membingitkan gegendang telinga lebih-lebih lagi bila guruh berdentum ibarat gendang sumbang diletakkan mikrofon berkuasa seribu kali ganda. Perasaan menyampah dan tak boleh belah saat hujan membasahkan diri aku yang dah sedia kering dan bersih secara tiba-tiba dan tanpa diduga seperti seorang pembuli tegar mencurahkan bertan-tan minyak pada hatiku yang berapi kemarahan.

Dan pagi itu hujan. Ingin sahaja aku menutup tingkap berpintu almari Jepun kaca dalam bilik aku di tingkat dua rumah banglo putih dua dari hujung berhadapan padang bola dan menghumbankan diriku ke dalam lena sehingga panas matahari menyapa ramah mataku. Tapi entah sial apa pagi itu, tingkap berpintu almari Jepun kaca itu tidak dapat ditutup dan aku kembali bernostalgia memori pedih dalam hujan.

Di padang bola hadapan rumahku yang dipisahkan oleh jalan tar yang lurus aku memadu kasih dengan dia. Waktu itu sunguh bahagia. Tetapi langit yang secerah lampu LED telefon bimbitku bertukar kelabu keliru dan terus memuntahkan airnya. Sebagai seorang insan normal (yang kebetulan memakai jaket berhood), aku sarung hood ke kepala dan terus berlari mengelak hujan. Bila kutemui tempat berteduh, dia tiada di sisiku. Rupanya dia masih di situ, di tepi padang bola taman perumahanku. Ku langkah semula kakiku kepada dia. Wajah bujur sirih cerahnya mencuka. Dia tidak menyangka aku pentingkan diri sendiri. Di bawah hujan itu dia pituskan ikatan kasih kami. Aku yang terpinga melutut dan merayu kepadanya supaya jangan tinggalkan aku. Tapi dia selamba menjawab aku yang meninggalkannya dahulu sebaik sahaja aku sarungkan hoodku dan lari dari hujan tanpa memegang tangannya. Aku menjerit, mencabut rumput di sekeliling kakiku. Dan hujan terus menghakis tanah yang ditarik akar rumput hingga muncuk bentuk hati. Aku dapat rasakan sedikit demi sedikit hatiku mengecil lalu jatuh ke dalam lopak itu bersama air mataku lantas termeterailah perjanjian kebencian aku terhada hujan. Apakah lopak tempat aku melutut suatu ketika dahulu terus menjadi lopak atau telah ditumbuhi rumput baru? Perasaan ingin tahu melintas sesaat yang membuatkan aku menjengah ke luar tingkap berpintu almari Jepun kaca aku. Ya, lopak itu semakin besar dan hati dalam jasadku semakin terhakis dan tak punya jiwa.

Tiba-tiba ku terlihat seorang perempuan sedang asyik memandang lopak memori cinta sakit hatiku dengan penuh khusyuk. Aku pasti itu bukan dia kerana dia telah lenyap dari hidup aku tiga tahun yang lalu. Habis tu perempuan di tengah hujan kekuyupan tu siapa? Tanpa berfikir langsung tanganku capai payung kelabu dan pergi melindungi perempuan itu dari hujan durjana (pada masa yang sama menggunakan pendekatan demam supaya perempuan itu berlalu dari lopak memori cinta sakit hatiku. Perempuan itu memandangku. Wajah hitam manis perempuan itu membuat jantungku berdegup kencang (lebih dahsyat kencang debaran dadaku berbanding saat pertama kali aku menemui dia). Dan matanya seakan berkata (yang tanpa aku sedari aku memahaminya):

"Jangan ganggu kegembiraan aku boleh tak?"



Posted via BlogPost

Sunday, April 15

Gadis Popsikel

     Dia rajin makan aiskrim popsikel. Kalau nampak muka bujur sirih dengan tudung bawal hitam lain hari lain corak, mesti aiskrim popsikel hijau akan ada kat tangan dia. Bukan aku tak pernah makan aiskrim macam tu tapi bila usia dah meningkat, aiskrim popsikel aku tak akan layan. Jadi aku fikir seorang perempuan (Melayu) dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun makan aiskrim popsikel, sangat budak dan sangat miskin.  

   Sehinggalah suatu hari...      Aku (muka lelaki Cina, dada bidang, boleh dikatakan aku seorang yang sasa) dengan rambut hitam panjang paras kolar (boleh buat gaya pacak atau gaya rambut jatuh) sedang kelam kabut nak masuk bilik pensyarah hantar assignment. Memandangkan kampus kitorang sangat advance, semua tangga telah digantikan dengan lif. Dengan baju kemeja putih aku hampir lencun kerana berlari ala-ala pelari pecut kebangsaan, aku dapat merasakan beberapa mata memandang singlet hitamku yang semakin kelihatan (bajet hot. Heehe... Memang hot pun), aku dapati lif ke bilik pensyarah aku hampir ditutup. Aku tingkatkan kelajuan dan akhirnya... Aku berjaya masuk ke dalam lif tanpa perlu menunggu lebih lama (buatlah assignment awal-awal ye kengkawan. Jangan sejam sebelum deadline baru nak hantar).  

   Sedang aku kegembiraan ke bilik pensyarah di tingkat 5, aku terperasan bahawa gadis popsikel berada di sebelah ku. Kali ni popsikelnya tiada di tangan. Dan saat lif mula bergerak, aku juga terperasan bahawa lampu tingkat 5 bernyala tanpa sempat aku tekan. Takpe, tingkat je sama, arah tujuan lain-lain...

     Sedang aku berharap tingkat 5 akan ku jejak dengan jayanya, tiba-tiba daya tolakan graviti dari kaki aku berhenti mendadak. Kami tersadai entah di bahagian mana tingkat berapa. Mujur lampu di dalam lif itu masih menyala. Gadis popsikel dengan selambanya menekan butang kecemasan berwarna merah dengan gambar loceng. Kemudian dia kembali ke posisi asalnya (dia berdiri di belakang bersandar pada dinding lif sambil memandang bayangan sendiri di pintu lif).  

   Argh! Macam mana ni?! Kalau aku tersadai di sini untuk jangka masa yang lama aku tak akan sempat hantar assignment aku. Dan kalau aku lambat hantar assignment markah aku akan berkurang. Dan kalau markah aku berkurang mesti mom dengan dad aku akan mintak aku lupakan niat aku untuk dapat LC Fire hitam (motor terhebat yang paling aku nak tunggang). Dan (dari bayang dinding lif yang sangat berkilat macam cermin aku lihat) gadis popsikel pandang aku dengan raut wajah kesian dan menyelongkar beg sandangnya (nak keluarkan aiskrim popsikellah tu).  

  Argh!!!  Kenapa aku perlu fikir pasal gadis miskin tu!!! Fikir apa akan jadi kalau kau tak boleh keluar dari sini. Orang cakap kalau lama sangat terperangkap dalam lif akan menyebabkan udara jadi semakin sikit dan lama-kelamaan mangsa akan mati. Aku tak nak mati sekarang. Aku... Wargh!!! Serabutnya kepala otak aku!!!  

   "Erm... Untuk awak", gadis popsikel menghulurkan jejari wafel bersalut coklat di tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang bungkusan merah yang dah koyak.  

   "Takpe, saya tak lapar sekarang", aku memang bongok, padahal perut tengah putar lagu 'Keroncong Buat Perut' lima minit sekali. Aku tak sempat nak alas apa-apa masa kat rumah (kelam-kabutlah katakan). Sekarang fikiran pun tengah biul.

     "Semua orang perlukan rehat dari semua perkara, termasuk rasa panik", tangan gadis popsikel masih menghulurkan jejari wafer bersalut coklat padaku. Dan entah bagaimana, ayat itu telah berjaya membuat jejari wafer bersalut coklat berada di celah jemariku. Dia nampak ke aku panik? Eh, kejap. Bukan perempuan ni suka makan aiskrim popsikel ke? Dari mana datangnya jejari wafer bersalut coklat ni?  

   "Technician buat lif maintenance minggu ni. Sebab tu lif sangkut. Kejap lagi oklah tu", gadis popsikel seakan memujuk (aku ni siapa sampai dia nak pujuk? Aku memang perasan).    

  "Tapi tak ada pun kat board pasal maintenance ni?" Selalunya orang pejabat dengan senang hatinya akan membazirkan dakwat printer dan kertas untuk perkara remeh-temeh (elaun dah kena potong kot...).    

  "Dorang memang ada tampal tapi tertutup dengan notis 'SENARAI NAMA PELAJAR YANG MASIH BELUM MENGHANTAR ASSIGNMENT', 'SENARAI NAMA PELAJAR YANG MASIH BELUM MEBUAT BAYARAN YURAN SEMESTER INI' dengan 'SENARAI NAMA PELAJAR YANG TELAH DISENARAIHITAMKAN DARI FAKULTI'. Senarai nama tu kan panjang penuh satu board", patutlah aku ada nampak secebis kertas kuning kat belakang senarai nama tu. Ingatkan dorang malas nak buang kertas tu (berburuk sangka, hisyh banyak gila perangai buruk aku ni ye).  

  "Saya pun tahu hal ni dari mak cik kedai runcit tingkat lima tu. Saya selalu beli aiskrim popsikel kat situ. Saya suka borak dengan mak cik tu. Lebih kepada mendengar apa yang dia cakap sebenarnya. Mak cik tu tahu semua perkara. Dari berita sensasi benua belakang negara kita sampailah ke berita tergempar  pejabat pengurusan kampus ni. Tapi saya rasa segan pulak kalau pergi kedai dia tak beli apa-apa", gadis popsikel menggosok pipinya yang merah padam.      Sebab tu ke beli aiskrim popsikel?" Tanyaku.  

   "Salah satu sebab. Tapi sebab utama saya beli aiskrim tu, saya rindukan mak ayah saya. Dorang sekarang ni kat New York. Tengah sambung Phd kat New York University. Kalau dorang call mesti dorang akan suruh saya gantikan dorang makan aiskrim popsikel. Betapa sayangnya dorang kat sini sampai dah ada kat sana pun lebih rindukan aiskrim popsikel dari anak sendiri", kata-katanya membuat aku rasa terpukul. Dan seperti merasakan pukulannya mengena, dia menjelingku (setajam-tajamnya. Terpana jiwa seketika) sambil berkata:  

   "Kenapa? Awak fikir aiskrim popsikel untuk orang miskin je ke?"  

   Aku diam sambil makan jejari wafer bersalut coklat dengan perlahan (kalau laju-laju nanti tekak aku yang merana). Aku tak tahu kenapa (mungkin pengaruh iklan atau dia letak sesuatu dalam jejari wafer bersalut coklat) tapi saat jejari wafer menjadi kunyahan gigiku dan pada masa yang sama salutan coklat itu cair di lidahku, aku merasakan seperti aku melupakan segala yang memgusutkan kepala aku (termasuk LC Fire hitam keobsesan aku). Dan bila aku pandang kembali gadis popsikel, dia tersenyum seperti mengatakan 'Kan dah kata'. Masalahnya aku nampak senyuman dia seakan menyebabkan pelangi memancar dari atas kepalanya ke seluruh wajah. Baru aku perasan muka bujur sirih itu sebenarnya mempunyai mata hazel yang sungguh menarik. Bukan, 'menawan' adalah perkataan yang sesuai. Sesungguhnya hati aku sudah berada di dalam tawanan matanya dan kunyahan gigiku menjadi semakin laju, selaju debaran jantungku (kenapa aku jiwang tetiba ni? PARAH!).    

  Apabila kesemua jejari wafer bersalut coklat telah berjaya aku masukkan ke dalam mulut (yang aku rasa sangat sayang untuk aku habiskan), tiba-tiba lif kembali menolak graviti dari kaki aku dan pintu lif pun terbuka (kenapa cepat pulak sampai ni? Baru nak ayat awek. Kacau line sungguh!). Gadis popsikel terus keluar, pergi ke kedai runcit sebelah pejabat pengurusan, buka peti aiskrim yang ada di luar kedai (kitorang tak ada trust issue di sini) dan masuk ke dalam kedai. Manakala aku ke arah bertentangan berjalan dengan tenang ke bilik pensyarah. Pensyarah tahu tentang masalah maintenance di lif (kenapalah dorang tak buat maintenance masa cuti semester je) dan markah assignment aku takkan ditolak.Yahoo!!!  

   Dan sekarang aku ada satu assignment baru. Aku nak pikat gadis popsikel. Korang boleh tolong aku tak?

Monday, April 9

Selamat Malam, Sayang

"Selamat malam, sayang", begitulah ucapannya beserta dengan kucupan mesra di dahiku sebelum kelopak mataku tertutup saban malam. Aku tenang dengan ucapannya, dengan kucupannya yang membuatku bermimpi indah. Tapi pagi itu semua berubah.

   Tika kelopak mataku dibuka, kulihat  Syariff, suamiku (takkan boyfriend pulak! Korang punyer fikiran... Sabar jelah tau) tanpa riak wajah (muka Melayu kecuali bahagian mata. Mata sepet Cina. Badan sedang-sedang tegap, nampak berotot tapi tak ketara dan dada bidang. Tinggi dua inci dari aku) duduk di sofa anyaman rotan bersebelahan katil bilik tidur kami dengan wajah muram tanpa memandangku yang masih dengan baju tidur satin putih tanpa corak. Bila aku renung dirinya yang berkemeja putih dan seluar slack hitam, dia lantas mengambil jam tangan perak yang terletak di atas meja yang memisahkan kerusi rotan dan katil bilik tidur tanpa memandang ke arahku. Syariff kemudian bangun dan menuju ke arah balkoni sambil memakai jam tangan peraknya. Aku faham dan aku tahu. Hari itu adalah hari terakhir kami sah bergelar suami isteri. Semua kerana kecurangannya.

     Hari itu, seperti hari-hari biasa aku (muka Melayu tulen lagi jelita, muka bersegi, leher jinjang, badan macam Ayu Raudhah. Badan je...) terlewat ke restoran kegemaran kami untuk makan tengah hari. Sampai sahaja aku di restoran Frienscino sambil menguruskan rambut hitam kemerahanku yang semakin berkilauan dipanah matahari (kelam-kabut baru habis mesyuarat), aku dapati Syariff bersama seorang wanita sebayaku. Saat aku mulai dekat, mereka bercumbu. Ya, mereka bercumbu depan mata aku! Bibir yang selalu berikan ucapan indah kucupan manis setiap malamku kini menyentuh bibir wanita lain yang tak pernah ku tahu siapa. Dan aku tak ambil peduli siapa. Tanpa kata aku keluar dari restoran itu.  

   Sejak itu aku diam dan dia tidak pernah menyapa. Tiap malam aku mimpikan kucupannya di dahiku. Seakan dia selalu melakukannya saban malam padahal dia tidak memandang wajahku dan aku tidak langsung menatap mata sepetnya.  

   Di dalam kereta Iswara hitam milik Syariff, kami masih lagi diam. Aku yang berbaju kurung putih tanpa corak dipadankan dengan tudung bawal putih kosong hanya duduk di sebelah memerhatikan Syariff memandu. Ada air jernih di wajahnya. Aku cuba menyeka air jernih itu tetapi belum sempat tanganku menyentuh wajahnya, Syariff berpaling ke arah tingkap kereta dan mengelap sendiri air matanya menggunakan lengan bajunya. Dengan jiwa yang bagaikan lemas berendam dengan air mata sendiri, aku hanya diam mencari secebis kegembiraan dari luar kereta Iswara hitam.

     Tempat menunggu sebelum kes kami diutarakan. Aku cuma mahu dia berbicara denganku. Mungkin kata maaf atau apa yang ku lihat itu hanya salah faham. Tapi dia masih diam. Senyap. Kelihatan dua tiga orang perempuan bertudung putih (fesyen kain boleh regang yang dijahit di bahagian leher, bukan seperti fesyen yang aku pakai ketika ini) lalu di hadapan kami. Baiklah, biar aku bersuara. Tetapi... 


   "Syariff," suara seorang perempuan menyapanya. Kami berpaling ke arah suara itu. Penghancur rumah tangga kami. Tak sangka dia masih berani menunjukkan mukanya padaku setelah dengan beraninya bercumbu dengan suamiku di khalayak ramai (tolong jangan buat aku ingat lagi hal tu. Tolonglah).   

  "Syariff," kata perempuan itu manja. "Aku bersimpati dengan keadaan kau sekarang. Nanti, bila kau rasa sunyi kau datanglah rumah aku. Aku sentiasa ada untuk kau," kata perempuan yang aku tak peduli nama dia siapa. Orang macam ni ke yang Syariff nak jadikan isteri lepas bercerai dengan aku? Boleh dia cakap macam tu padahal aku kat sebelah Syaroff je kot. Memang perempuan... 

   PANG!!! Satu tamparan singgah di muka perempuan itu. Tapi tamparan itu bukan tamparan dari aku, tamparan itu dari Syariff.

     "Pergi mampuslah kau, perempuan gila! Pasal kaulah hidup aku macam ni. Sampai mati pun aku takkan mengadap muka kau, apatah lagi nak dengar suara kau. Baik kau berambus sebelum penampar tu jadi panumbuk atau penendang. BAIK KAU BLAH!!!" amuk Syariff pada perempuan yang kini terkesima di lantai sambil menahan pedih penampar yang melayang. Dengan bekas jejari Syariff yang masih merah di wajahnya, dia bangun dan berlari dari kami dengan wajah penuh terkejut. Aku? Aku tak sangka Syariff akan melakukan perkara sebegitu. Seingat aku dia seorang yang sangat budiman dan tak pernah menyakiti perempuan termasuk aku (menyakiti secara fizikallah). Adakah dia masih cintakan aku? Tapi kenapa dia diam?   


  Sebaik perempuan yang aku tak peduli nama dia siapa tu hilang dari pandangan kami, Syariff terduduk menangis semahunya dihadapanku. Satu lagi sisi Syariff yang tak pernah aku lihat. Dia tak pernah menangis sebegini teruk dihadapanku. Dengan sedu sedan dan air mata yang menitis seumpama Air Terjun Niagara membuatkan aku melutut di hadapannya, sekali lagi cuba untuk menyeka air matanya.   

  "Encik Syariffullah, anda dah sedia? Sila masuk," tanya seorang lelaki berwajah seperti seorang ustaz yang wajahnya selalu aku nampak di kaca televisyen. Dia juga memakai kemeja putih tetapi berseluar coklat gelap dan bertali pinggang (Kejap. Bukan peguam syariah kena pakai kot ke? Baru aku perasan Syariff tak pakai songkok. Apa maknanya ni?).

     Aku melangkah bersama Syariff masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik itu tiada hakim, peguam mahupun saksi. Yang ada hanyalah lelaki berwajah ustaz yang popular di televisyen, mama, papa, ummi dan abah yang bermata sembap merenung sekujur tubuh di atas katil hospital dengan alat bantuan pernafasan di meja kiri. Dan sekujur tubuh itu adalah aku. 

   Aku dah ingat. Selepas aku keluar dari restoran hujan mulai lebat. Syariff mengejarku dari belakang. Aku bersandar di salah satu pokok yang digunakan untuk menghiasi kaki lima jalan raya (penatlah lari dari Syariff. Nak rehat a.k.a sembunyi dari dia). Tiba-tiba aku rasakan berjuta tan elektrik merenjati badanku. Pokok tempat aku berlindung disambar kilat. Aku tidak tahu berapa lama aku berkeadaan sedemikian. Semuanya bercelaru dan aku hilang dalam keliru. 

   Aku berdiri sebelah kiri Syariff sambil memandang jasadku yang dipenuhi balutan dari kepala hingga kaki dengan sayu. Kini aku mengerti bisu Syariff kerana tidak mampu mendengar suaraku. Buta Syariff kerana tidak mampu menatap wajahku dan tingkahnya terhadap perempuan yang aku tak peduli dia siapa itu kerana dia terlalu cintakanku. Dan mimpi kucupannya saban malam adalah realiti di mana dia mengucup dahi jasadku persis yang selalu dilakukannya hanya untukku.    

  "Setiap yang berlaku ada hikmahnya, Syariff. Bersabarlah. Biarkan dia pergi dengan tenang. Sudah genap seminggu dia koma dan masih tiada perubahan. Jangan biarkan jiwa dia terseksa lebih parah," kata lelaki berwajah ustaz popular itu.

     "Tapi saya terlalu sayangkan dia, doktor," kata Syariff (laa... Doktor rupanya...) yang sedang duduk di sebelah katilku sambil menggenggam erat jemariku yang melecur teruk. Aku dapat lihat cincin perak bertatah batu berlian kecil di jari manisnya seakan bersatu dengan cincin perak bertatah berlian di jari manisku (tanganku sahaja yang berbalut. Jariku tidak).

     "Doktor tahu dan doktor pasti dia pun tahu," tangan kanannya menyentuh bahu kanan Syariff tatkala matanya terarah ke tempat rohku berdiri (apakah...). "Tapi dia perlu pergi, Syariff. Syariff nak tengok dia begini sampai bila? Keadaan ni hanya akan buat Syariff menderita dan dia lagi sengsara. Tolong ya Syariff," doktor memujuknya lembut. 

   Aku bersetuju dengan doktor. Aku lihat betapa tidak keruannya dia. Betapa kusut hatinya. Aku tak sanggup dia begitu lagi. Tapi bagilah aku peluang ucapkan kata hati aku padanya buat kali yang terakhir.      Syariff mengucup dahiku. Aku dapat rasakan kehangatan bibir dan airmatanya di dahiku.

     "Selamat malam, sayang," ucapnya, seperti malam-malam yang lalu tapi dengan  linangan air mata. Mesin bantuan pernafasanku ditutup.   

  "Walaupun pagi dan malam kita kini berbeza, saya tetap dan akan terus cintakan awak," kubisikkan ke telinganya. Seperti mendengar bisikanku, dia berpaling ke arah ku. Hidung kami hampir berlaga. Aku mencari diriku di dalam mata coklatnya tetapi hampa. Kedengaran alat yang mengeluarkan bunyi 'bip' bergarisan turun naik merah dan hijau berbunyi semakin bingit dan menggila (tak tahulah ia disebabkan alat pernafasan aku dah ditutup atau dadaku masih berdebar-debar setiap kali menatap wajahnya dalam jarak 'hidung hampir berlaga'. Tapi aku yakin dengan sebab yang kedua). Imej terakhir yang aku lihat dan rasakan waktu itu adalah sentuhan hangat bibirnya di tanganku sebelum imej dan perasaan itu kabur dan berterbangan umpama bintang bersinar. Dan setitis air mataku muncul dari jasad sebelum terdengar bunyi 'bip' yang sangat panjang.

P/S: Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang meninggal dunia. Kalau ada pun coincidence je. Dan ya, post hari ni sangat panjang...  Sebelum aku terlupa, cerita ni adaptasi dari lagu ‘Selamat Malam’ nyanyian Sleeq. A sad rap (for me).

(^_^)